Setakat jam 12 t/malam tadi, berikut adalah jumlah pencalonan yang melibatkan jawatan tertinggi dalam Puteri Bahagian Tebrau:-
Pencalonan untuk Ketua Puteri Bahagian Tebrau
1. Sdri Aminah Binti Sahak - 17 pencalonan
2. Sdri Zakiah Binti Zainal Abidin - 5 pencalonan
Pencalonan untuk Naib Ketua Puteri Bahagian Tebrau
1. Sdri Zakiah Binti Zainal Abidin - 10 pencalonan
2. Sdri Suriyani Binti Subar - 7 pencalonan
3. Sdri Rosliana Binti Rosidi - 5 pencalonan
Pencalonan untuk G2
1. Sdri Rosmawati Binti Abdullah - 17 pencalonan
2. Sdri Fadilah Binti Suradi - 17 pencalonan
3. Sdri Romizati Binti Mohd Amin - 6 pencalonan
4. Sdri Noraslia Binti Ahmed - 4 pencalonan
SEJARAH UMNO
UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.
Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu.
Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini.
Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.
Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum.
Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.
SEJARAH PUTERI UMNO
SEJARAH PENUBUHAN PUTERI UMNO
Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.
Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.
Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh YAB Datul Seri Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.
Visi
Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 – 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Manifesto
• Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda untuk melibatkan diri secara aktif di dalam politik
• Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identity wanita Melayu muda tanpa diskriminasi.
• Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang
• Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan wanita Melayu muda
• Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita
• Bertindak sebagai ‘check and balance’ / pemantau di dalam UMNO dan masyarakat
• Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia
TIGA PENDEKATAN PUTERI UMNO
PENDIDIKAN
Agenda Wanita Untuk Perubahan
Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan , kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.
Selepas Persidangan Dunia Ketiga Berkenaan Wanita di Nairobi, Kenya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerajaan Malaysia pada tahun 1989 telah merumuskan National Policy on Women melalui rundingan bersama National Council of Women’s Organisation (NCWO) Malaysia. Bagaimanapun, hanya pada 1997, Jabatan Hal Ehwal Wanita di Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Sosial telah melaksanakan satu pelan Aksi Bagi Wanita di dalam Pembangunan (Action Plan for Women in Development) dengan tujuan menterjemahkan polisi kepada tindakan.
Kesungguhan Kerajaan Malaysia di dalam memperbaiki taraf wanita jelas terlihat di dalam Rancangan Malaysia yang Keenam (1991-1995) dan Ketujuh (1996-2000). Komitmen ini telah diperkukuhkan lagi apabila Kerajaan Malaysia telah mengubahsuai dan memperkukuhkan Konvesyen Tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention to Eliminate All Forms of Discrimination Against Women – CEDAW) pada 1995.
Kini, walau telah menapak ke alaf baru, kebanyakan isu penting yang telah dibangkitkan di dalam era 90-an, masih belum diselesaikan. Sungguhpun beberapa kumpulan wanita telah berjaya menggubal Akta Keganasan Rumahtangga (Domestic Violence Act) pada 1994, masih banyak lagi undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Tambahan pula, penyertaan Malaysia di dalam ekonomi global dan pembukaan pintu kepada liberalisasi ekonomi juga menjejaskan kedudukan wanita.
Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.
Inisiatif ini bertujuan:
• Menarik perhatian kepada masalah, isu dan keperluan wanita yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan
• Meningkatkan kesedaran di kalangan wanita dan lelaki tentang kedudukan wanita di Malaysia
• Menguatkan penglibatan parti politik dan suara wanita di Malaysia bagi mempromosi dan mencapai kesamarataan jantina serta bekerja bagi sebuah masyarakat yang adil dan demokratik
• Menguatkan satu jaringan organisasi wanita dan Badan-Badan Bukan Kerajaan untuk bekerja bagi memperkukuhkan taraf wanita di Malaysia
Pada 9 dan 10 Januari 1999, Bengkel Kebangsaan Berkenaan Agenda Wanita Untuk Perubahan telah dianjurkan bersama oleh Women’s Development Collective (WDC), SIS Forum Malaysia, Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Pusat Pergerakan Wanita (AWAM). Bengkel ini telah mengenalpasti 10 isu utama berdasarkan pengalaman dan kedudukan mereka di dalam masyarakat.
Kesemua isu ini telah dibincangkan. Sebanyak 34 organisasi wanita dan Badan-Badan Bukan Kerajaan telah menghadiri dan mengemukakan kertas kerja. Kertas kerja tambahan iaitu “Wanita, Kesihatan dan Seksualiti” telah ditambah ke dalam agenda tersebut. Ini agenda kita bersama selaku wanita.
Gunakannya untuk menggerakkan;
• Kerajaan dan institusi-institusi untuk mendapatkan sokongan mereka dari aspek polisi dan tindakan
• Ahli politik supaya mereka akan menyertai isu dan langkah-langkah yang telah dikenalpasti ke dalam manifesto pilihanraya mereka dan sekiranya dilantik ke dalam aktiviti kewilayahan mereka
• Masyarakat umum bagi meningkatkan kesedaran mereka berkenaan isu dan cabaran yang dihadapi wanita Malaysia
Puteri UMNO berharap masyarakat dapat menyumbangkan pendapat dan idea mengenai hal ini. Malaysia berada di ambang Perubahan Agenda Wanita.
PERKHIDMATAN
Agenda Prihatin Untuk Wanita
Puteri UMNO Malaysia menggunakan pendekatan perkhidmatan untuk menarik minat golongan wanita muda di bawah 35 tahun untuk menyumbang tenaga serta fikiran melalui Biro Perkhidmatan. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan aktiviti perkhidmatan seperti program prihatin, majlis jamuan, kutipan amal tabung generasi wanita prihatin, mendapatkan sumbangan penajaan dari orang perseorangan dan badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan.
Biro ini juga memantau masalah remaja dan wanita muda di bawah umur 25 tahun khasnya. Puteri membantu menangani masalah tersebut dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi kesan positif kepada semua masyarakat.
Biro Perkhidmatan adalah salah satu Biro di bawah Struktur Organisasi Puteri UMNO Malaysia yang memainkan peranan untuk membantu memimpin golongan wanita muda dalam bidang industri, seni, professional dan ibu-ibu muda. Di samping itu biro ini juga memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak istimewa, wanita kurang upaya, ibu tunggal dan sebagainya.
Biro ini juga menekankan aktiviti sehat untuk mereka, secara tidak langsung dapt membantu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi olerh wanita muda, terutamanya masalah sosial yang sedang melanda negara kita sekarang ini.
KESIHATAN DAN KECERGASAN
Lahirkan Warga Sihat Salah satu pendekatan Puteri UMNO dalam mendekati generasi wanita muda ialah melalui kesihatan dan kecergasan.
Kesihatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kesejahteraan (wellness) dan kecergasan (physical fitness)
Kesejahteraan (Wellness) Proses peningkatan kesedaran tentang keupayaan diri adalah melalui peningkatan tahap kecergasan fizikal, pemakanan yang lebih baik, menjalin hubungan baik dengan orang lain dan mementingkan penjagaan diri serta peka terhadap persekitaran.
Kesejahteraan dipaparkan sebagai gaya hidup yang memerlukan rasa tanggungjawab bagi mencapai keupayaan maksimum diri. Kesihatan yang baik dicapai melalui perubahan. Ia berkait rapat dengan tujuan hidup dan kecekalan diri untuk mengawal keadaan.
Kecergasan Fizikal (Physical Fitness) Senaman adalah komponen kecergasan yang terpenting. Manusia tidak dapat memperolehi kecergasan yang lengkap tanpa asas kesihatan fizikal yang baik. Sasaran utama senaman adalah untuk membina dan mengekalkan kecergasan fizikal. Peningkatan kecergasan fizikal pada asasnya bergantung kepada peningkatan keupayaan jantung dan peparu. Peningkatan ini membolehkan tubuh memenuhi keperluannya dalam menghadapi sebarang keadaan kecemasan yang mungkin memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi.
Pertambahan keupayaan kerja juga merupakan asas fizikal yang baik bagi perkembangan kemahiran dalam pelbagai jenis sukan.
Keupayaan bekerja yang meningkat menunjukkan kecergasan fizikal yang bertambah baik terutamanya bagi perkembangan kemahiran dalam pelbagai jenis sukan.
Faedah jika kita kerap bersenam. 1. Memperbaiki fungsi psikologi 2. Memperbaiki ketrampilan diri 3. Meningkatkan kecekapan jantung dan peparu 4. Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot 5. Mengurangkan gerak balas terhadap tekanan (stress) 6. Lebih perlindungan daripada masalah sakit belakang 7. Mungkin melambatkan proses penuaan 8.
Pengekalan berat badan yang sesuai 9. Mungkin mengurangkan risiko sakit jantung koronari
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Pada 20 hingga 23 Jun 2001 adalah julung kali Perhimpunan Agung UMNO menerima ‘tetamu baru’ apabila 25 pemimpin PUteri menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun bertaraf pemerhati, delegasi Puteri yang menyertai perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media dan pemimpin tertinggi parti.
Paling membanggakan apabila Ketua Puteri , Azalina Othman Said berucap pada hari kedua perhimpunan tersebut iaitu 22 jun 2001. Dengan suara lantang penuh sopan, beliau menyuarakan segala cita-cita Puteri dan arah tuju Puteri dalam usaha berjuang bersama pemimpin lain. Beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran.
Perhimpunan ini juga adalah kesempatan kepada pemimpin Puteri untuk beramah mesra dan mengenali sekian ramai ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada sebagai perwakilan atau pemerhati.
Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini dua pemimpin Puteri telah ditemuramah oleh RTM dan disiarkan secara langsung oleh RTM. Ketua Penerangan Puteri, MAstina Abdul Hamid diundang bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bersama Exco Pergerakan Wanita UMNO Dr. Noraesah Mohamad dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba. Manakala, Exco Perhubungan Media, Siti Rohayah Attan juga ditemuramah secara langsung oleh RTM bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim bagi membincangkan soal globalisasi.
1 comments:
seb baik da kompromi tau, kalau setakat nak bertanding ni kompem min tu menang punye,....
Post a Comment